Hikayat sepohon Azadirachta indica yang mendiami Suicide Park

[KISAH BIMBO YANG CERDIK]

May 24, 2012

Rasis



Kalau majikan kamu itu perangainya buruk, itu bukan kerana mereka itu bangsa Cina, India, Arab, Jerman mahupun Afrika. Majikan berbangsa Melayu juga ada yang perangai buruk.
Dan main bomoh.
Jika majikan kamu itu sikapnya rasis/perkauman itu bukan kerana mereka itu keturunan Cina, India, Arab, Jerman mahupun Afrika.
Itu kerana mereka memang bloody racist
.

May 22, 2012

Selebriti: Bukan Hak Kita


Aisywarya Rai dah bersalin. Dan masih, gemuk. Sebab dia manusia normal.

Aku tak minat hindustan, apatah lagi minah Asy ni.

Aishwarya Rai in 2010 (L) and in 2012 (R)

Tapi aku masih rasa ayat "the star has a 'duty' to her fans to regain her pre-pregnancy figure" sangatlah melampau. Minah hindi ni dah la umur dah lanjut (untuk melahirkan) kau ingat senang ke nak lose weight camtu je. Itu badan dia, suka hati dia lah. Suami dia rilek je, korang yang lebih.

Aku lagi nak kritik golongan bapa-bapa dan suami-suami yang menternak lemak selepas berkahwin dan menjadi ayah. Sebab mereka tak pregnant pun tapi boroi gak. So tak payah la nak kutuk isteri je.

Eh apa tadi?

Macam Fynn Jamal tulis, kenapa kita rasa selebriti itu hak kita?

Bila seorang artis wanita tolak tawaran berlakon pakai bikini, dikeji.
Bila artis kesayangan bercinta dengan orang yang kita tak minat, kita benci. Macamlah artis tu nak kat kita pun kalau dia tak couple dengan Selena Gomez. Eh?

Bukan pelakon, penyanyi dan selbriti televisyen je, malah blogger juga dilayan sebegitu oleh pembaca.

Aku pernah juga baca komen-komen sebegini di blog-blog dalam list kat sebelah kanan tu hah ---->

"Oi update la! Baik takyah ada blog."

"Aku suka baca blog kau tp kenapa kau tulis pasal politik?"

"Alah, dulu blog ni best. Akhir-akhir ni letak gambar je"

"Blog ni dah boring sebab asyik cerita pasal saiz payudara"

"Ni main taruk video klip ni dah busy sangat ke sampai tak sempat tulis blog?"



Kelakar, kan?
Lagi kelakar bila reader tu sendiri adalah blogger.

The thing is, macam artis punya badan, blogger punya blog itu dia punya pasal la nak letak apa pun. Especially kalau blog tu memang takde tema spesifik, di mana blogger itu hanya menulis apa yang terlintas dalam fikiran.
Kebanyakan penulis blog yang tiada tema ini hanya menulis untuk meluahkan apa yang di dalam hati dan otak, dan menganggap blog sebagai tempat muntah fikiran-fikiran mereka.
Kalau tiada apa yang perlu dimuntahkan, tak perlu muntah.


Kalau blogger tu menulis dengan tidak konsisten dari segi masa, tone, issue dan topiknya, itu normal lah.
Masa dia student, tulis gaya student. Dah jadi penganggur, tulis gaya penganggur lah. Dah kahwin, tulis gaya orang dah berumahtangga. Dah kerja, tulis tentang kehidupan orang bekerja. Dah ada anak, jadi blog ibu-ibu pulak. Dah itu blog personal dia.
Kalau kau masih nak baca gaya penulisan macam waktu dia student dulu, kau cari lah blog lain.

The thing is, kau tak bayar pun blogger untuk menulis apa yang kau nak.
Setakat klik iklan kat tepi tu duit Nuffnang bukan cukup boleh buat bayar PTPTN kalau cas pentadbiran dimansuhkan sekalipun.


Buat pengetahuan korang semua, blogger tu semua tak update blog sebab agenda Illuminati dan Freemason.

Percayalah
.

Teori Konspirasi Melayu


Suatu ketika dulu, orang kita bising dengan konspirasi Illuminati dan Freemason. Suatu ketika dulu, bila ada apa-apa yang sedikit luar biasa (atau kreatif, atau dahsyat) aku akan perli dan menggelarkannya konspirasi Illuminati. Ye lah, kerana orang Yahudi itu genius lagi bijaksana.

Kerana orang Yahudi itu ada di mana-mana saja untuk melakukan kerosakan secara senyap terhadap kita. Contohnya, kau lambat pergi kerja hari ni sebab DBKL tengah buat road maintenance pukul 8.30 pagi. Sebenarnya pekerja binaan tu buat kerja atas arahan orang Yahudi. Memang orang Yahudi yang keluarkan surat arahan kepada jurutera untuk baiki jalan pukul 8.30 pagi.

Sama juga jika anak dara jiran anda lari dari rumah kerana teman lelaki berbangsa Nigeria bernama Ahmad. Itu adalah salah Yahudi kerana memperkenalkan Ahmad kepada anak dara itu dan mengajar Ahmad untuk mengurat perempuan Melayu.

Kucing kau berak atas door mat? Pasti itu konspirasi Illuminati.
Uncle Cina bawak kereta macam haram potong kau kat bulatan Selayang sambil korek hidung? Pasti itu rancangan gerakan Freemason.

Kemudian, isu itu senyap....orang dah tak sebut Illuminati dan Freemason lagi.


Sekarang, dah hangat semula. Kut. Tapi orang dah tak bising tentang Illuminati dan Freemason. Sekarang orang guna istilah 'Yahudi' sahaja.


Antaranya adalah bagaimana Yahudi memperdaya kita tentang nutrisi makanan. Contohnya, organ dalaman adalah tidak elok untuk dimakan tetapi orang Yahudi mengajar kita ianya sumber vitamin B yang bagus.
Masa baca tu, I was like duuhhh....masa kat matrikulasi lagi bff aku dah bagitau yang organ dalaman tu tak elok. Dan bukan dia sorang, ramai lagi orang dewasa juga beritahu aku tentang itu.

Satu lagi isu, tentang perkahwinan. Ramai yang duk forward artikel suruh kahwin cepat dan jangan tunggu duit cukup. Oqeh, there's nothing wrong with telling people that wedding doesn't have to be expensive. Tapi yang kelakarnya bila mereka cakap Yahudi yang mempengaruhi kita supaya buat wedding mahal-mahal, letak hantaran mahal-mahal.

Aku rasa yang memandai-mandai letak hantaran mahal tu mak bapak pengantin perempuan yang tak pernah kenal orang Yahudi pun. Yang nak buat kenduri 7 hari 7 malam tu, Melayu jugak. Bukan Yahudi. Yang sibuk nak buat kat hotel 7 bintang, nak bayar mak andam hias bilik pengantin tu, tak payah orang Yahudi ajar pun memang orang Melayu reti sendiri.

Cakap pasal duit, bila aku encourage orang untuk kumpul duit kahwin, mesti ada orang nak tazkirah aku tentang tak perlunya wang yang banyak untuk berkahwin. Well, aku tak suruh kumpul 100 riban pun.
Biasanya aku suruh lelaki yang kumpul duit.
Ya, memang mas kahwin paling banyak pun patutnya RM300 je. Ya, memang hantaran tu bukan syarat sah nikah. Tapi nak kahwin memang perlu pakai duit, and I'm not talking about the wedding. I'm talking about marriage.

Masa bujang, memang lelaki tu boleh duduk rumah sewa bayar RM80 sebulan sebab berhimpit dengan lagi 9 orang jantan. Makan maggi tiap-tiap hari pun takde hal. Naik motor kapcai apa ada hal.Tak pun rilek je duduk rumah parents tapi tak bagi duit kat parents. Makan kat rumah tak reti basuh pinggan. Mak minta tolong sapu rumah buat derk je. Boxer sendiri pun mak lipatkan.

Bila dah kahwin nak kena pindah rumah lain. Bertambah kos sewa rumah.
Nak kena beli perabot, pekakas rumah. Berganda-ganda duit keluar.
Barang makan bukan setakat mi segera je nak kasi isteri makan. Kalau isteri masak sekalipun, suami kena belikan bahan mentah dan keperluan dapur yang cukup.

Bila dah berkahwin seelok-eloknya pakai kereta instead of motosikal. Malaysia ni kan selalu hujan. Ini baru ada isteri, kalau isteri mengandung, lagi lah kena beli kereta. Silap-silap kena pakai 2 kereta. Bukan semua orang tempat kerjanya dekat dengan laluan pengangkutan awam.

Apa yang aku nampak, banyak belanja yang perlu suami keluarkan untuk membina rumahtangga. It's not about having a grand extravagant wedding.

Oqeh kalau tak grand pun, memang lah wedding kena pakai duit juga. Unless gaji mamat tu sama dengan gaji O&G engineer pengalaman 30 tahun, baru lah tak payah kumpul duit.
Kalau kahwin dengan orang jauh, kena arrange accomodation & transportation family juga. Takkan kau nak kutip duit dengan sepupu dan makcik kau.

So sebab tu aku rasa untuk kahwin kau kena jugak kumpul duit.


Takde kaitan dengan Yahudi pun.

Kenapa kita terlalu pandang tinggi pada Yahudi dan merasakan mereka terlalu bijak sehinggakan dapat mempengaruhi setiap tindak tanduk kita?
Kenapa kita terlalu pandang rendah pada orang kita hinggakan setiap yang kita lakukan adalah kerana pengaruh Yahudi dan Zionis.

Adakah Tuhan cuma kurniakan aqal pada orang Yahudi dan tidak orang Melayu?

Orang Yahudi memang bijak. Dan rajin mengkaji. Rajin belajar.
Sebab tu mereka kawal ekonomi.

Maka adakah dengan membongkar rahsia-rahsia konspirasi dan penipuan itu dapat memajukan bangsa kita?

Ya.

Hanya jika kita sedar; kenapa mereka mampu berbuat begitu? Kerana ilmu dan kerajinan mereka.
So kalau taknak kena tipu kita kena rajin membaca dan buat kajian, dan pandai buat duit, dan biakkan duit.

Bukan setakat nak tuding jari itu salah Yahudi, ini salah Yahudi, what difference does that make?

Most of the time, yang ajar benda-benda tak elok kat aku orang Melayu jugak. Bukan orang Yahudi pun.


Point aku, jangan terlalu memandang tinggi pada orang Yahudi. Mereka takdelah hebat sangat sampai boleh menyebabkan kita lupa nak set alarm dan pergi kerja lewat pagi ni tanpa mandi.




Itu, salah aku eh,  salah kita sendiri
.

May 15, 2012

Harapan (3.0)

"Aku cuba pasang telinga. Aku cuba dengar sikit sikit walaupun kadang-kadang biji butirnya tak berapa jelas. Akhirnya sah, mereka bukan borak kosong. 
Aku berasa terharu. Ada lagi rupanya belia sekarang yang masih minat borak pasal......."
Baca selanjutnya di Hilang Punca
.

Penises, Sally.



Happy Teacher's Day!
.

May 06, 2012

Wonder who would agree....

Ada sesiapa di sini yang ingat dengan memaki hamun,
umpat keji,
caci nista
carut marut

dan

sebarkan aib orang

boleh mengubah dunia ke arah kebaikan?


Tolong ajarkan saya.

Saya pun mahu berbuat begitu.
Tampak jauh lebih mudah berbanding menuntut ilmu dan membuat kajian
.